Supreme Shopp

Well, apa saja yang kita buat akan ada berhubungan dengan Tuhan dan Manusia.
 
Jadi, its not just about u.  Good morning gais.
 
Busy giler melayan projek online yang seolah-olahnya takkan siap. Nak menulis sikit pun susah. Sebab tu jgk my blog dulu berkubur.
Tapi Monday blues semalam macam asyik suruh abam buat post ni. Heck, kira rest minda jap lah. Memang berlambak website, webpage, database nak kena godek tu.. (kalau pandang jer boleh tak? 🤣 ) takpe kita story pasal Gladiator yang bad temper ni.. hehe.
Last night dah stress sangat, mata pun berdenyut dah asyik tengok skrin laptop, abam rest minda jap, layan LONGTV. Tengok movie UNHINGED. Lakonan Russell Crowe dengan Caren Pisstoff ker apantah (lupa).
Movie ni mengingatkan abam pada movie Changing Lanes (batman- ben affleck & nick fury-Samuel L Jackson 😅 ) dan Three Billboards Outside Ebbing (Frances Mcdormand)
 
Ok. punca cerita UNHINGED ni sama macam Changing Lanes, adalah pasal emosi di atas jalan raya. Orang kata “dont drink and drive” kan. (kita drink teh tarik apa lak masalahnya) sebenarnya kalau kita tengah marah, stress atau sedih juga lebih penting tidak memandu. Kenapa? ini la nak disampaikan dalam movie Unhinged nih..
Sebab orang atas jalan yang memandu tu mungkin akan buat emosi kita escalate. 
 
Movie UNHINGED ni ramai yang komen dah macam sekadar dokumentari pasal road raging atau road bullies. And abam sendiri pun sebut pada my wife “russell crowe ni macam tak perlu berlakon dalam cerita nih” sebab cerita macam tak logik, bukan utk pawagam. Tapi message nya sampai unexpectedly. Mungkin sebab Russell Crowe. haha.. 😁
Bayangkan kita tengah stress, kita semua stuck in a jam, baru kena pecat, baru bercerai, feeling down giler, rasa nak bunuh diri, duduk dalam kereta menahan airmata, tiba-tiba.. ponnnnnnnnnnnn… ponnnnnnnn.. orang belakang hon macam dia sorang ada hon. Bila kita cakap baik2, mintak maaf, orang masih dengan ego dia, rasa dia tak bersalah langsung, tekan hon macam orang giler.. so, snap.. kita bunuh dia dan famili dia. Supaya dia tau langit tinggi ke rendah.
Aaa… tu lah ceritanya UNHINGED ni.. huhuhu. stright forward jer. Changing Lanes lebih elok disusun dan lebih berhak bintang utk cerita berkisar emosi tercetus dijalan raya..
Ada juga cerita yang abam takde masa nak review skrng (mungkin lain kali ) yang berkaitan dengan hubungan antara manusia. Contohnya Three Billboard Outside Ebbing. Bila abam tengok movie tu, abam teringat kisah Asri Janggut yg kes Sg Buloh tu. Kadang-kadang kita memang betul. Tapi abam selalu ingatkan diri, ujian dan takdir Allah ni complicated, ustad dan ulama pun takkan boleh explain dengan satu ceramah atau sebuah buku.. hubungan antara manusia dan jugak hubungan antara Tuhan tu sangat seriously attached dan rumit.
 
Abam ni pernah jadi driver untuk satu jemaah yang meeting untuk buat “guna-guna” pada satu pompuan ni sebab pompuan tu menolak pinangan secara mengaibkan. Serius, abam penah jumpa jemaah yang camni. Abam tak tau la apa jadi seterusnya sebab abam decide utk keluar dari jemaah tu. Sampai macam tu sekali tau betapa effectnya kata-kata dan perbuatan kita atas orang lain.. dan kita tak tau ke tahap giler mana orang akan bertindak. Sebab kita tak tau tahap emosi dia pada ketika tu.
 
Jadi yang lebih penting moral of all the story.
Kita betul, tak bermakna kita takkan jadi mangsa kepada percaturan takdir Tuhan. Orang lain yang rasa terhina, atau stress mungkin akan bertindak luar kawal. Dua2 pihak akan rugi.Jangan melampau, walaupun kita ada hak nak marah.
Bertindaklah dengan bijak. Kawal sikit perasaan. Fikirkan kalau kita ada ditempat dia. Cuba dengar lagu Judika “Jadi Aku Sebentar Saja”. Dengan sedikit kata-kata berakal, mungkin kita boleh mengelakkan disaster. Berkata baik dan simpati (kata taiko Cina, bagi muka sikit la) pada orang adalah sebenarnya untuk kebaikan diri kita sendiri jugak.