Supreme Shopp

Hari ni bila ramai yang cuba berniaga sendiri, tak kisah la secara online ataupun offline, filem2
motivasi dan kata-kata hikmah berkenaan bisnes atau kejayaan mula dipunggah semula dari internet, terutamanya
di Youtube. Dan kemudian di kongsikan merata-rata media sosial.

Pernah tak anda dapat keratan scene dari Wolf of Wall Street macam bawah ni.

 

Scene “sell me this pen” ni biasa digunakan dalam interview. Soalan ni digunakan untuk
tengok tahap skill orang yang di temuduga. Biasa dalam bidang sales la kan. Sebab anda mesti
boleh menjual apa benda pun, kalau anda boleh menjawab soalan “sell me this pen” secara
bijak dan spontan,
maka anda memang orang yang sesuai untuk company tu.

Wolf of Wall Street sebenarnya mengajar penonton pasal asas “supply and demand” dalam dunia bisnes.
Dan macam mana yang menjual menggunakan setiap idea untuk memanipulasi kehendak pelanggan dan menipu mereka.

Kalau korang mencari sumber inspirasi atau idea untuk menajamkan skill menjual atau berniaga.
Sebenarnya ada 1 lagi filem yang bagi saya bagus untuk newbie.
Filem bertajuk Thank You For Smoking.

Kedua-dua muvi ni bagi saya lebih kurang jer. Ada banyak skill dan teknik menjual yang sangat
bagus untuk anda boleh ceduk, disampaikan dalam cerita ni. Tapi kedua-dua muvi ni tak sesuai sangat
untuk budak-budak bawah umur. Sebab kedua-duanya mengisahkan pasal etika dalam dunia
“ringgit kasorga” atau “everything is for sale”.

Wolf of Wall Street cenderung pada kuasa, seks dan dadah. Thank you for smoking juga berkisar
tentang etika seseorang bila mencari DUIT, KUASA, dan SEKS. Dan kesemuanya disampaikan secara sinis
untuk penonton berfikir.

Utk saya yang memang kerja sendiri, peniaga online dari rumah, saya lebih suka muvi Thank You for Smoking,
sebab bayangkan idea dan ayat yang terpaksa anda lalu untuk menjual ROKOK, sedangkan kita sendiri
tak mahu galakkan anak sendiri merokok. Rasanya lagi susah dari nak menjual pen kot? Macam mana nak buat tu?

Well, korang kena tengok sendiri la cerita Thank You For Smoking.